Thursday, June 24, 2010

CAKAP JE LEBIH!!!!!!!!!!!!!!!


Teringat saya suatu kisah seorang ayah yang bepergian menunaikan haji. Beliau meniggalkan wasiat kepada anak lelaki tunggalnya. "Setiap hari hendak kamu memberi makan kepada haiwan ternakan dikandang. Kemudian jangan lupa menyiram dan membajakan tanaman di kebun. Pastikan kedua-dua kerja ini dilakukan agar haiwan dan tanaman kita tidak mati."

Demikianlah wasiat si ayah. Maka sebaiknya ayahnya berangkat pergi, si anak membaca kembali wasiat si ayahnya. Setiap hari dia akan mengulang baca wasiat tersebut.Sehinggalah si ayah kembali kembali dari menunaikan haji. sebaik kembali, si ayah melihat kesemua haiwan ternakan dan tanaman telah mati.

Pengajarannya, apa-apa program, slogan dan seumpamanya jika tidak disertakan dengan tindakan, tidak akan membawa kita ke mana pun. Akhirnya program,slogan dan wang tersebut lebur begitu sahaja. Elemen yang penting selain perancangan ialah pelaksanaan.

p/s: pesanan untuk diri sendiri dan sahabat2

Monday, June 21, 2010

Masalah???Masalah??


Ada seorang wanita, dia ni seorang yang cukup solehah,jaga solatnya, puasanya,tutup auratnya,zakatnya dan lain2 lagi. Dia cukup menjaga semua benda ibadah.

Pada suatu ketika, dia diculik oleh 5 orang lelaki dan 5 lelaki ni melakukan sesuatu yang keji kepadanya.

Setelah kejadian itu, dia berasa sangat kecewa. Dia bertanya kenapa dia diuji seperti ini?? Kenapa aku yang patut kena ujian seperti ini?? Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikirannya. Tambahan pula, semasa dia diperlakukan dengan perbuatan keji dia teringat kisah 3 orang lelaki yang terperangkap dalam gua. Yang mana lelaki ini bertawasul dengan amalan kebaikan mereka dan pintu gua terbuka sedikit demi sedikit.

Wanita ini pun niat macam 3 lelaki dalam kisah tersebut, tetapi dia tidak dapat apa yang dikehendakinya. Sekarang ini dia berasa sangat kecewa.

Dan apa yang lebih teruk sekarang, dia sudah tidak melakukan apa-apa ibadah lagi. Solat,puasa, zakat dan lain2 semuanya telah ditinggalkannya. Wanita ini dahulunya bertudung labuh kini sudah menanggalkan tudungnya.Dia memang sangat2 kecewa.

Pelbagai cara untuk mengembalikan wanita ini kejalan yang benar. Habis dah cara baik guna. Atur ayat sebaik mungkin, tapi dia tetap dengan cara barunya

Jadi macam mana kita bawa kembali ini ke jalan yang Islam Kembali. Minta pandangan sikit????///

Islam Tunjuk Pentingnya Soal Makan


Sebentar tadi baru pergi dengar kuliah Ustaz Kamal Ashari di Surau AN-Nur. Pengisian sangat best. Disini saya ingin kongsikan sedikit

Pertama sekali, mengenai doa makan. Doa makan sering kita pandang ringan tetapi Rasullullah S.A.W sangat menitik beratkannya.Hal ini kerana makanan yang kita makan akan berkumpul menjadi darah daging. Ia sepatutnya dimulakan dengan nama ALLAH yang mulia. Dan pentingnya doa makan sampai ada doa terlupa untuk baca doa makan disebabkan makanan akan menjadi darah daging.Malah syaitan pun akan muntah kembali apabila kita membaca doa lupa untuk makan.

Hari ini kita lihat ramai manusia yang tidak berkelakuan seperti manusia.Antara faktornya tidak menjaga makanannya, dari ia datang dan bagaimana ia dibuat.

Selain itu, tidak ada doa lupa untuk mengerjakan ibadah lain,adakah ada doa lupa untuk baca doa masuk ke tandas? Dah masuk bertinggung dalam tandas pastu keluar balik baca doa.Memang tak ada, kalau dah masuk memang susah nak keluar.Adakah ada doa terlupa untuk baca doa memakai pakaian? Dah pakai baju pastu buang balik,baca doa then pakai balik. Ini ISLAM nak tunjuk bahawa pentingnya soal makan, sampai ada doa lupa untuk baca doa makan, betapa indahnya ISLAM.

Ada banyak lagi yang Ustaz bagitau, x pe nanti ada masa AMBO tulis..

Kisah Rasulullah

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur.
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu
membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah
pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi
bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan
mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari
ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul
isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas
soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala.
Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak
bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan
lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda
dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,
pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar
sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya
setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah
tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...
mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah
sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit..." desak
Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat
amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain
yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah
yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan
lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan
demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila
aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan
ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang
kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

Hanya diam dan bersabar bila kain
rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas
merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat
yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut
perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.

Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan
jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah,
bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah
begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini
hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang
bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT…."
Sekian buat tatapan semua

Sunday, June 13, 2010

"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"



saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu.

Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis, kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata..

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.

Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya (memasukkan air kedalam lubang hidung) sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita, macam-macam dia bikin.

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur. Cara nak bersihkannya Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian

Akhir kata........
"Walaupun dirimu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

Tuesday, April 27, 2010

Bukan kena duit pun pergi Surau,Kalau Pegi Stadium kena bayaran Tiket, Tapi Manusia Tidak Mahu!!!!!!!!!!


Beberapa hari yang lepas, ada kuliah Di Surau AN-NUR Bangi yang mana disampaikan oleh Ustaz yang boleh tahan jugak hebatnya, tapi apa yang penting ialah ilmu yang berada didada yang dikongsikan bersama.

Saya ingin lontarkan satu persoalan kepada semua yang membaca blog ni, yang mana berkait rapat dengan kita dalam konteks pelajar universiti yang mana kita bertindak sebagai orang tengah dalam masyarakat yang berperanan mengislahkan masyarakat.

Saya kira Bangi merupakan bandar yang istimewa yang susah untuk dicari. Rasa sayang pulak untuk tinggalkan Bangi. Ini kerana dengan konsep Bandarnya yang digubah menjadi "Bangi sebagai Bandarraya Ilmu". Masyarakat disini kelihatannya semuanya mencari ilmu sebanyak mungkin. Hal ini dapat dilihat di surau-surau sekitar yang pada waktu malamnya adanya kuliah2 sebagi contoh yang mudah di Surau Annur Darul Syifa, yang mana pada setiap malam ada sahaja kuliah maghrib yang dijalankan. Hanya tunggu mahu atau tidak untuk mengusung diri kesurau.Jemaahnya boleh jugak ramainya.

Antaranya Dr. Harun Din,Ismail Kamus, Us Don Danial, dan ramai lagi. ish2 Ruginya kalau x pergi. Bukan kena bayar pun, x sama macam masuk stadium kena ada tiket berbayar.Anda mampu memilihnya.

Apa yang menarik kat Surau AN-NUR ,kebanyakkan yang datang tu, juga bukan calang-calang orang, Banyak yang datang tu, terdiri daripada orang2 tinggi jawatannya, daripada pemerhatian zahirnya, surau tu dipenuhi oleh kereta2 besar, Mercedes Benz, BMW dan banyak lagi yang aku pun x tau namanya, kereta buatan Malaysia nampak kurang.
Nampak disitu bahawa masyarakat bandar ni sangat cintakan ilmu. Tabik Spring la...

Tapi hal ini terbalik pula dengan masyarakat kampung, contohnya kampung aku sangat kurang bilangan jemaahnya. Boleh kira berapa orang solat berjemaah kat masjid, tok imam, tok bilal, jkk (Kata Ustaz Idrus penceramah popular kat Pantai Timur). Banyak lagi tiang masjid daripada bilangan jemaah. Sangat Sedih!!!Macam mana nak ubah mentaliti masyarakat kampung aku terutamanya untuk kembali ke masjid atau kembali kepada Islam tercinta seperti Bandar Bangi. Macam mana aku nak mengubahnya????Tunggu mati baru la kalut pegi surau,pesanan kepada diri sendiri terutamanaya. Macam mana ya kita nak ubah masyarakat kampung menjadi masyarakat seperti masyarakat Bandar Baru Bangi sebagai Bandar Ilmu?????????????????????????

Friday, April 23, 2010

GAMIS BANTAH KEHADIRAN BLAIR DI MALAYSIA


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) membantah sekeras-kerasnya kehadiran penjenayah perang, Tony Blair ke Malaysia.Menurut sumber, sebuah syarikat Success Resources berpengkalan di Singapore dan juga beroperasi di Malaysia akan menjemput bekas Perdana Menteri Britain , Tony Blair untuk menyampaikan ceramah di National Achieves Congress 2010 Pada 24 hb April 2010 . GAMIS memandang serius jemputan penjenayah perang tersebut kerana ianya seolah-olah penghiaan kepada pencinta keamanan di seluruh dunia.

Menurut Presiden GAMIS, saudara Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, penghormatan terhadap Blair sebagai penceramah dalam kongres tersebut seolah-olah menunjukkan betapa pihak penganjur tidak sensitif terhadap penderitaan berjuta rakyat Iraq, mangsa yang tidak bersalah akibat tindakan jenayahnya dan perasaan rakyat Malaysia yang menyokong mereka sepenuhnya. Bantahan ini dibuat atas dasar Blair adalah penjenayah dan pembunuh besar kerana bersekongkol dengan bekas Presiden Amerikat Syarikat , George Bush yang bertanggungjawab merencana dan melaksanakan pencerobohan ke atas Iraq .

"Dalam keadaan hati rakyat Malaysia yang masih luka dengan penglibatan syarikat Yahudi APCO Worldwide dan Asiasoft dalam pentadbiran negara serta pendirian Perdana Menteri selepas bertemu Barack Obama berkaitan Afghanistan dan Iran, isu ini seola-olah menambah luka di hati kita. Pihak Success Resources seolah-olah tidak memandang kepada sensitiviti rakyat ini serta pejuang keamanan seluruh dunia. Tony Blair sepatutnya berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di atas jenayah kejam yang dilakukan olehnya, bukan mendapat penghormatan sebegini," kata Mohd Idris.

Justeru, GAMIS, NGO mahasiswa Islam yang turut berpendirian dengan NGO-NGO yang bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa agar pihak penganjur membatalkan syarahan itu bagi menghormati permintaan dan perasaan rakyat Malaysia dan menyeru orang ramai supaya mengadakan demonstrasi terhadap kunjungan Blair.Kepada mereka yang mampu untuk mendekati Blair diseru untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas beliau kerana tindakan beliau melakukan jenayah kemanusiaan. GAMIS turut menggesa pihak kerajaan Malaysia agar mengharamkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush daripada memasuki Malaysia.

Blair dikecam di seluruh dunia semenjak pencerobohan Amerika Syarikat-Britain terhadap Iraq pada tahun 2003 yang telah mengakibatkan kekejaman terhadap rakyat Iraq dan kemusnahan sepenuhnya tanah air mereka. Lebih daripada 1 juta orang mati akibat daripada perang itu. Hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal, 2.7 juta di dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah.